Kerjaya antarabangsa Jonas Hector

Pada 7 November 2014, Hector dipanggil oleh pasukan kebangsaan Jerman buat pertama kali untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Gibraltar dan Sepanyol. Jurulatih Joachim Löw berkata, "Kami mahu mengenali Hector dengan baik; beliau bermain dengan baik untuk Cologne."[10] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Jerman ketika menang 4-0 ke atas Gibraltar pada 14 November dengan menggantikan Erik Durm dan beraksi pada 18 minit terakhir.[11]

Pada 4 September 2015, beliau diletakkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Poland di posisi bek kiri dan beliau melakukan hantaran untuk jaringan Thomas Müller dan Mario Götze. Pada 29 Mac 2016, Hector menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk Jerman ketika pasukannya menumbangkan Itali 4-1 di Munich.

Pada 31 Mei 2016, Hector dinamakan dalam senarai 23 pemain akhir ke UEFA Euro 2016. Pada 2 Julai 2016, Hector menyudahkan tendangan penaltinya sekali gus membawa Jerman layak ke pusingan seterusnya ketika aksi suku akhir Euro 2016 apabila kedua-dua pasukan, Jerman dan Itali buntu mencari gol kemenangan dan memaksa perlawanan ini diheretkan ke penentuan penalti. Pada 11 November 2016, Hector menjaringkan dua gol pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang San Marino yang berkesudahan Jerman menang 8-0.[12]

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1 29 Mac 2016Munich, Jerman Itali3–0 4–1 Persahabatan
2 11 November 2016Serravalle, San Marino San Marino0–3 0–8 Kelayakan Piala Dunia 2018
3 0–8